28 October 2010

Barisan Pentadbir SK Patung 2020




Puan Ho Young Jing (Guru Besar)

Encik Brada anak Beti (Penolong Kanan Pentadbiran & Ikhtisas)

Puan Raga anak Paham (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Encik Joe anak Tee (Penolong Kanan Kokurikulum)

25 October 2010

Story Telling Competition (English) dan Pertandingan Bercerita (B.Melayu)


Pada hari Jumaat 22-oct-2010 yang lalu Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah mengadakan aktiviti Pertandingan bercerita (BM) dan story telling (BI) bagi para pelajar. Acara dimulakan dengan Pertandingan bercerita dalam Bahasa Melayu seawal 7:30 pagi.
Selepas murid-murid berkumpul di bawah makmal komputer sekolah, mereka diminta menyanyikan lagu Negaraku. Selepas itu pertandingan yang disertai oleh 2 orang wakil setiap kelas itu pun bermula. Pelbagai ragam disaksikan pada murid-murid. Ada yang menarik perhatian para hakim dengan kepetahan dan kelantangan suara, tidak kurang juga yang terdiam, mungkin kerana terlupa cerita yang hendak disampaikan, atau gugup semata-mata kerana berada di atas pentas dan melihat semua mata rakan-rakan dan cikgu-cikgu tertumpu  ke arahnya.
Walau apapun sebabnya, aktiviti sebegini dapat melatih mereka untuk menjadi seorang yang berani dalam pengucapan awam dan yang penting membentuk peribadi yang berkeyakinan.  Sama seperti pertandingan bercerita, Story Telling pula telah dijalankan pada sebelah tengah hari selepas para pelajar dan guru menjamu selera.
Majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian/Penutupan oleh Penolong Kanan Cikgu Cyril dan selepas itu beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Bagi para pemenang dari tahun 1 hingga 5, nama mereka bakal dicalonkan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita peringkat kelompok pada masa akan datang.

Penghargaan Pengelola:
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung bagi menjayakan pertandingan ini. Semoga usaha ini akan melahirkan murid yang berkeyakinan dan berketrampilan.

Hati Tertawan Seri Kesuma
Tepi Berangan Permatang Laman
Budi Tuan Kami Terima
Jadi Kenangan Sepanjang Zaman"

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Panitia Bahasa Malaysia dan Panitia Bahasa Inggeris

18 October 2010

Penutupan Kursus Aplikasi ICT

Kursus Aplikasi ICT telah sampai ke penghujungnya pada 18 Oktober 2010. Pada bulan september yang lalu modul 1 dan modul 2 telah sempat dijalankan di makmal komputer sekolah.  Tajuk modul ialah penyelenggaraan komputer untuk modul 1 dan modul 2 pula ialah mempelajari cara-cara membuat e-book dan menulis blog menggunakan MO Word 2007. Pada bulan Oktober pula, dua lagi modul iaitu modul 3, cara membuat mini database menggunakan MO Access 2007 yang digabungkan dengan cara  mengimport data MO Excel 2007 ke Access dan modul 4 iaitu pengenalan kepada internet (schoolnet), pengurusan email dan keselamatan ICT telah dipelajari.
Pada penghujung program, Guru Besar telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah kursus iaitu Fasilitator Schoolnet SK Patung, Pn. Melissa.  Selepas itu, diikuti dengan penyampaian sijil kepada para peserta.
Dengan terlaksananya kursus ini, diharapkan guru-guru dan staf sokongan dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi tentang aplikasi ICT ini dan mencapai tahap penggunaan ICT yang lebih tinggi berbanding sebelum ini termasuklah dalam Pengajaran & Pembelajaran dan juga kerja-kerja pentadbiran.
Pengunguman:
Semua handout bagi kursus ini boleh diperolehi di komputer desktop kegunaan awam di bilik guru bermula hari rabu, pukul 10:00 pagi, 19 Oktober 2010.

Perhimpunan Kokurikulum Bulan Oktober

Pada perhimpunan kali ini pelajar-pelajar dari Persatuan SPBT, Kelab Permainan Dalaman, Kelab Pencegah Jenayah dan Kelab Alam Sekitar telah mengadakan persembahan untuk rakan-rakan mereka.
Murid-murid yang tekun melihat demonstrasi
Antara aktiviti tersebut ialah suatu demonstrasi menggunakan barangan terpakai seperti surat khabar untuk membalut buku dan menganyam bakul menggunakan lidi yang dibaluti  kertas surat khabar telah ditunjukkan oleh wakil persatuan SPBT.
Bagi Kelab Alam Sekitar, mereka telah menunjukkan cara untuk menghasilkan sebuah bakul yang diperbuat daripada botol plastik terpakai. Demonstrasi ini bertujuan untuk mengajak rakan-rakan supaya mengguna semula barangan terpakai untuk menghasilkan barangan yang baru.
Pendekatan dengan cara sketsa pula telah dilakukan oleh kelab pencegah jenayah yang menggambarkan gejala gangsterisma yang menular di sekolah-sekolah. Ia sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kegiatan buli dan pergaduhan di kalangan pelajar sekolah yang memberi kesan buruk tidak kira dari segi fizikal mahupun psikologi.
Akhir sekali, wakil daripada kelab permainan dalaman ini telah mengadakan persembahan tentang permainan ‘scrabble’ yang melibatkan penggunaan huruf-huruf bagi membentuk satu atau beberapa perkataan. Permainan ini amat bermanfaat untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid kepada pelbagai perkataan dengan cara berkongsi idea dengan para pemain dalam sebuah kumpulan.

16 October 2010

Karnival Sains dan Matematik Peringkat Sekolah

Panitia sains dan matematik sekolah telah menganjurkan Karnival Sains dan Matematik pada 15 Oktober 2010 yang melibatkan semua pelajar dan warga kerja SK Patung. Karnival ini telah berlansung seawal jam 8:00 pagi dan diadakan di ruang legar di bawah makmal komputer. Karnival yang dirasmikan oleh guru besar ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah.

Persiapan sebelum karnival bermula


Perasmian Karnival oleh Guru Besar

Aktiviti untuk karnival terbahagi kepada 2 sesi iaitu, Karnival matematik pada sebelah pagi manakala karnival sains dimulakan selepas menikmati jamuan ringan, iaitu pada kira-kira pukul 10:00 pagi.
Bagi Karnival matematik, acara Mathematics Amazing Race, Mewarna Gambar, Kuiz Bijak Operasi Matematik (BOM), Meneka Bilangan Objek dan My Maths Journal telah mewarnai karnival tersebut.
Prasekolah

Aktiviti mewarna Tahap 1

Meneka bilangan objek

Mathematics Amazing Race

My Maths Journal

Bijak Operasi Matematik (BOM)
Bagi karnival sains pula, Mini Science Experiment telah diadakan.







Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian pada para pemenang dan penyampaian sijil kepada ahli jawatankuasa yang terlibat.

Tahniah kepada para pemengang. Kepada yang tidak menang, teruskan usaha anda.
Pesanan Pengelola Karnival:
“Sekalung budi buat semua yang telah menjayakan Karnival Matematik dan Sains SK Patung 2010. Terima Kasih di atas sumbangan anda. Jumpa lagi di tahun depan”
Terima Kasih!

05 October 2010

Kejohanan MSSR Daerah Padawan 2010


Pada 29 September yang lalu bertempat di Stadium Negeri Kuching, satu acara kejohanan MSSR antara daerah telah dijalankan yang melibatkan 86 buah sekolah. SK Patung telah menghantar 11 orang barisan atlet yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam kejohanan tersebut. Mereka ialah:
  1. Siti Nur Atika
  2. Darren Louis
  3. Jeff Dosen
  4. Annestashia
  5. Vestonsen
  6. Benvastoni
  7. Angela
  8. Karren Louis
  9. Nelliasandra
  10. Austin
  11. Hardy

Atlet-atlet seklah dilatih oleh Cikgu Halmaiza selaku pengurus pasukan dan dibantu oleh Cikgu Awang dan Cikgu Lily selaku pengiring.

Tahniah diucapkan kepada adik Jeff Dosen kerana berjaya ke Peringkat Akhir dalam acara Lumba Lari 200m.
...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...