17 December 2010

Alat menghasilkan RESUME dengan mudah

"Resume merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian hendaklah ringkas, padat dan menarik." -Pusat Maklumat Kerjaya.

Kepada warga SK Patung yang ingin menghasilkan resume tetapi masih tercari-cari apakah format yang betul, apakah informasi yang hendak dimuatkan, dan persoalan-persoalan yang belum terjawab, anda di alu-alukan untuk menggunakan Resume Generator yang dihasilkan oleh Kementerian Sumber Manusia yang boleh didapati di sini (klik).

Sebelum itu, sila pastikan anda mempunyai perisian Adobe Reader. Jika tidak, dapatkannya disini (klik). 

Selamat Mencuba!


Langkah 1: Isikan maklumat tentang diri anda di tempat yang betul


Langkah 2: Pilih 1 daripada 6 template yang menarik bagi anda

Langkah 3: Resume anda telah siap! sila klik pada 'save' apabila dialog box dipaparkan

11 December 2010

Galeri Gambar SK Patung

Galeri gambar sekolah telahpun siap dikemaskini. Kepada pembaca blog ini yang ingin melihat gambar-gambar aktiviti yang telah berlansung sepanjang tahun 2010 dan untuk mengenali Sekolah Kebangsaan Patung dengan lebih dekat lagi, bolehlah klik pada link pada bahagian kanan pada laman blog ini.

09 December 2010

Penyenaraian sekolah di direktori cikgu.net

Pada 2 Disember yang lalu sekolah telah disenaraikan dalam cikgu.net, iaitu sebuah website milik JARING.


...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...