18 May 2010

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


"Guru Pembina Negara Bangsa"…Tanpa guru, siapalah kita. Seorang guru diibaratkan seperti lilin yang membakar diri demi memberi cahaya kepada manusia. Sebagai menghargai jasa guru di SK Patung, sebuah Majils Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010 yang lalu bersamaan dengan hari Isnin. Antara aktiviti-aktiviti yang sempat dijalankan adalah sukantara, jamuan makan, bacaan teks perutusan Hari Guru 2010, bacaan ikrar Hari Guru, nyanyian lagu oleh para guru (iaitu lagu Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang dan Guru Pembina Negara Bangsa), upacara memotong kek, persembahan slaid, persembahan guru dan murid, penyampaian hadiah sukantara, pertukaran hadiah antara guru-guru dan akhir sekali, nyanyian lagu Ibu Pertiwiku sebelum majlis bersurai.
...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...