30 September 2010

Aktiviti Pasca-UPSR

Para pelajar tahun 6 yang telah habis menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah mengisi masa mereka dengan pelbagai aktiviti yang menarik, antaranya ialah, projek membina Wakaf Ilmu, Taman Serangga, Kolam Ikan. Selain itu, mereka juga telah membantu guru-guru dan staf sokongan dalam projek Spring Cleaning yang lalu dalam aktiviti Pelupusan Buku Teks.
Kolam Ikan / Fish Pond


Taman Serangga


Wakaf Ilmu

Pelupusan Buku Teks Lama

Selepas ini, aktiviti yang bakal berlansung bagi pelajar tahun 6 ialah Pertandingan Futsal, Lawatan Sambil Belajar, dan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform gabungan PKRS dan Persatuan Pengakap yang turut melibatkan pelajar tahun 4 dan 5.
Pelajar tahun 6 juga turut mendapat peluang mempelajari Internet di makmal komputer setiap hari selasa bermula 18 Oktober yang lepas sebagai sebahagian aktiviti berkenaan Schoolnet yang telah berjalan selama lebih dua bulan.
Diharapkan pelajar tahun 6 dapat membawa kenangan manis di sekolah ini sebelum melangkah ke alam sekolah menengah. Sumbangan anda kepada sekolah amat dihargai dan selamat maju jaya.

27 September 2010

Perhimpunan Kokurikulum




Setiap bulan, pada minggu ketiga sebuah perhimpunan kokurikulum akan diadakan dan pada bulan ini, Cikgu Awang telah mengadakan kuiz untuk para pelajar.

Spring Cleaning

 Pada hari ini, di bawah program Gemilang 5S sebuah aktiviti gotong-royong yang dinamakan "Spring Cleaning" telah dijalankan bermula jam 1:30 hingga 3:30 petang yang melibatkan Ibu bapa murid, guru-guru dan kakitangan SK Patung. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mewujudkan keadaan persekitaran sekolah yang bersih, indah, kondusif dan selesa sepanjang masa kepada semua warga sekolah dengan mengamalkan konsep 5S yang merupakan 'initial' kepada Seiri-Ringkas, Seiton-Rapi, Seiso-Resik, Seiketsu-Rawat, Shitsuke-Rajin. Konsep ini mula diperkenalkan di Jepun pada awal tahun 1980-an. Antara matlamat aktiviti ini juga adalah untuk menggalakkan kerjasama dalam kalangan ibubapa dan warga sekolah untuk sama-sama mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan bersih. Tarikh perlaksanaan projek ini ialah Febuari 2010- November 2010 iaitu pada hari Isnin Minggu ke-empat pada setiap bulan tersebut.

21 September 2010

Kursus Aplikasi ICT



Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan telah mengadakan 'In-House Training' dalam yang akan berlansung selama 4 hari dalam bulan september dan oktober. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah cara-cara penyelenggaraan komputer, cara menulis e-book dan blog menggunakan aplikasi MS Word 2007, Excel, Acces dan juga pendedahan kepada email dan internet. Kursus tersebut akan bermula pada 22 september hingga 19 oktober. Semua kakitangan terlibat dalam program yang dikendalikan oleh Fasilitator Schoolnet di sekolah ini.

20 September 2010

Guru Baru


Cikgu Siti
Pada akhir-akhir ini, sekolah telah menerima dua orang tenaga pengajar yang baru.

Mereka ialah Cikgu Siti Fakhiriah Binti Ishak yang telah melapor diri pada 18 Ogos 2010 dan Cikgu Jennifer Anak Jios yang baru sahaja melapor diri pada 17 September yang lalu. Cikgu Siti merupakan seorang guru yang baru sahaja tamat pengajian di maktab perguruan dalam pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling.


Cikgu Jennifer anak Jios
Cikgu Jennifer pula sudah mengajar hampir 4 tahun dan pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Mawang di Sebauh di mana beliau mengajar subjek matematik.


Berikut adalah senarai matapelajaran dan tugas-tugas khas yang telah diberikan kepada kedua-dua guru baru tersebut:


Cikgu Jennifer

Matapelajaran

Matematik (Thn 3), Pend. Sivik Kenegaraan (Thn 4), Pend. Seni Visual (Thn 5), Kemahiran Hidup (Thn 6), Muzik (Thn 6) dan Pend. Jasmani & Kesihatan (Thn 6)

Jawatankuasa Khas

 
  1. Pen. Guru Penasihat Kelab Kebudayaan & Koir/ Pancaragam
  2. Pembantu Guru Data
  3. Penolong Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (PSS)
  4. AJK Penilaian & Peperiksaan Sekolah
Cikgu Siti
Matapelajaran

 
Matematik (Thn 1), Pendidikan Moral (Thn 4), Pendidikan Jasmani & Kesihatan (Thn 5)

Jawatankuasa Khas

  1. Penolong Pegawai Publisiti
  2. Penyelaras PSS
  3. AJK Kesihatan, Keselamatan & Pencegahan Jenayah
  4. AJK PPSMI
  5. Guru Penasihat Kelab Matematik
  6. Guru Rumah Hijau


Warga SK Patung amat bebesar hati dan megalu-alukan kedatangan Cikgu Siti dan Cikgu Jennifer sebagai tenaga pengajar ke sekolah ini. Semoga dapat membawa pembaharuan dan dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah terutama dari sudut kecemerlangan anak didik sk patung.

Pembinaan Pentas Sekolah Baru


Sekolah telah mendapat sumbangan berupa geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM 10,000 bagi membina sebuah pentas sekolah. Geran tersebut telah disumbangkan oleh Yang Berhormat Encik Roland Sagah Wee Inn iaitu ADUN N.17 tarat.

Pembinaan pentas tersebut mengmbil masa kira-kira 2 minggu untuk disiapkan dan berukuran 17.0 kaki panjang dan 10.7 kaki lebar.

Dengan adanya pentas tersebut, aktiviti sekolah dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan selesa untuk para guru dan staf sokongan.

Majlis Makan Malam SK Patung 2010


 Pihak PIBG sekolah telah menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam pada 18 September yang lalu. Majlis tersebut dihadiri oleh warga SK Patung dan keluarga, Ibu bapa dan murid yang kebanyakannya datang dari Kampung Patung, Menjau dan Kerumboi. Turut hadir ialah tetamu jemputan dari sekolah lain dan diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Dr. James Dawos Mamit iaitu Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P198 Mambong yang turut merasmikan majlis tersebut.

Bertempat di Restoran Hunco, Jalan Kuching-Serian, majlis telah bermula pada jam 7:00 malam. Cik Madonna Rawlings selaku juruacara telah mengalukan kedatangan tetamu kehormat dan diikuti dengan bacaan doa serta sedikit jamuan. Selepas itu, Encik Tomson Ak Deward memberi sepatah dua kata diikuti oleh Ucapan dari Yang Berhormat Dato' Dr. James.

Setelah selesai sesi ucapan, tetamu majlis dihangatkan lagi dengan persembahan band "The Wildcat" diringi jamuan yang menyelerakan. Sebagai memeriahkan majlis makan malam tersebut, tetamu turut dihiburkan dengan sesi 'suara emas' di mana tetamu yang mendapat tajaan diminta menyanyikan apa-apa lagu dan tidak terkecuali Yang Berhormat serta Encik Wilson Sipilak (Pegawai Daerah Kecil Siburan).

Majlis bersurai pada jam 12:00 tengah malam.

09 September 2010

Program Sambutan Ambang Merdeka



Pada 30 ogos yang lepas, sekolah telah mengadakan Program Sambutan Ambang Merdeka 2010 peringkat Sekolah Kebangsaan Patung melibatkan enam belas (16) orang guru serta dibantu oleh tiga (3) orang staf sokongan untuk mengendalikan sepanjang program ini juga melibatkan semua murid sekolah iaitu dari Prasekolah hingga Tahun 6.



Program ini telahpun dijalankan sepanjang bulan Ogos hingga pada hari kemuncaknya, 20 Ogos 2010 yang jatuh pada hari isnin dan dimulakan pada pukul 8 pagi hingga 1 tgh hari.


RASIONAL Program Samutan Ambang Merdeka 2010 adalah untuk meningkatkan semangat patriotik dan perasaan tanggungjawab terhadap keamanan dan kebebasan Negara dalam kalangan warga sekolah sebagai warganegara Malaysia.

 MATLAMAT Program ini pula adalah untuk mencetus semangat kemerdekaan dalam diri masing-masing agar menyedari kepentingan sambutan Hari Merdeka.
Antara OBJEKTIF Program Sambutan Ambang Merdeka 2010 adalah:
  • Melahirkan perasaan bangga dan cinta akan Negara serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri di kalangan warga sekolah.
  • Melahirkan warga sekolah yang bertanggungjawab sebagai Warganegara Malaysia untuk mengekalkan kemerdekaan, mengamalkan tingkah laku patriotic dan berbangga terhadap kemerdekaan Negara.
  • Mewujudkan semangat perpaduan serta kedamaian yang berkekalan dan berterusan di kalangan warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum , agama dan adat resam.
Berikut adalah beberarapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini:
  1. Mewarna Jalur Gemilang (Tahap 1) dan melukis poster hari kemerdekaan
  2. Memperdengarkan lagu-lagu patriotik sepanjang waktu rehat pada hari persekolahan
  3. Menyediakan murid-murid untuk mengumpul bendera-bendera bagi setiap kelas
Cikgu Hazlinah selaku penyelaras program turut menjadi juruacara pada hari tersebut. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku diiringi oleh pancaragam sekolah.
Selepas itu, Guru Besar memberikan sedikit kata-kata aluan diikuti dengan bacaan Titah Perutusan Kemerdekaan DYM SPB YDPA oleh Ustaz Mohd Halmaiza dan Perutusan Kemerdekaan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh PKK Cikgu Awang.


Program diteruskan dengan laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali yang diketuai oleh PK 1 Cikgu Cyril Lee.




Sejurus selepas itu, video " Sejarah Kemerdekaan" ditayangkan bagi tatapan murid-murid untuk meningkatkan kesedaran mereka kepada erti kemerdekaan dan sejarahnya.


Penyampaian Sajak oleh adik Qayyum

Tayangan Video kemerdekaan
 

...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...