19 October 2016

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Tahun 2016

Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah diadakan pada 8.10.2016 (Sabtu) dan disertai semua warga sekolah SK Patung. Ia bermula pada pukul 7.30 pagi dan dimulai dengan aktiviti larian pagi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti permainan badminton dan futsal.














Pertandingan Menyanyi Nyanyian Solo dan Patriotik Peringkat Sekolah Tahun 2016

Pada 7.10.2016 (Jumaat) pukul 8.00 pagi SK Patung telah mengadakan pertandingan menyanyi nyanyian solo dan patriotik peringkat sekolah untuk tahap 1 dan 2. Encik Muntabey dari SK St Edward Belimbing telah dijemput untuk menjadi juri khas pada hari tersebut.












05 October 2016

Pertandingan Bercerita BM & BI

Pada 30.9.2016 (Jumaat)  telah diadakan pertandingan bercerita peringkat sekolah bertempat di Dewan Terbuka SK Patung bermula pada pukul 8.00 pagi. Pertandingan tersebut merangkumi panitia BM dan BI. Murid yang mengambil bahagian adalah terdiri dari tahap 1 dan tahap 2.









Ceramah & Latihan Kebakaran Daripada Pihak Bomba Cawangan Siburan

Pada 26.8.2016 bertempat di bawah makmal computer dna padang SK Patung telah diadakan ceramah dan laihan kebakaran daripada pihak bomba cawangan Siburan. Semua staf dan murid SK Patung terlibat dalam aktiviti tersebut.







...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...