15 March 2017

Program Transformasi Minda Cemerlang Tahun 2017

Pada 12 Mac 2017 (Ahad) Program Motivasi Ibu Bapa 2017 telah diadakan bertempat di bawah Makmal SK Patung. Penceramah yang terlibat adalah Encik Ahmad Faizal bin Osman. Beliau merupakan seorang pendidik dan penceramah yang mempunyai pengalaman yang meluas berkaitan motivasi tersebut. Ia dihadiri oleh ibu bapa dan murid tahun 4, 5 dan 6. Program tersebut turut dijayakan oleh oleh semua AJK yang terdiri daripada semua staf SK Patung.




14 March 2017

Mesyuarat Agung PIBG 2017

Pada 5 Mac 2017, telah diadakan mesyuarat Agung PIBG Tahun 2017 untuk merasmikan Program Ceriathon dan pemilihan ahli jawatan kuasa yang baru. Mesyuarat tersebut telah diadakan di bawah makmal komputer dari pukul 1.30 petang sehingga pukul 5.00 petang. Ia dihadiri oleh  Yang Di Pertua PIBG, ibu bapa dan semua staf SK Patung.




 



.
...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...