24 May 2018

Hari Guru Peringkat Sekolah 2018

Sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2018. Semua berpakaian baju batik sekolah yang baru. Sambutan Hari Guru yang diadakan dimeriahkan dengan persembahan murid. Puan Roselin Nubib telah dijemput untuk menyambut Hari Guru bersama-sama memandangkan beliau telah berpindah ke SK St Elizabeth Tijirak.


23 May 2018

Pertandingan Menyanyi dan Meniup Rekoder Peringkat Sekolah

Pada 18/4/2018, pertandingan menyanyi dan meniup rekoder telah dianjurkan oleh panitia Muzik peringkat sekolah bertempat di bawah makmal komputer.

15 May 2018

Dialog Prestasi SK Patung

Dialog Prestasi Tahun 4, 5 & 6

 

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Padawan

Tarikh:  30.4.2018 (Isnin)
Tempat : Dewan Terbuka SK Patung
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang


Program Klinik UPSR 2018

Klinik UPSR ini telah berlangsung selama 4 hari bertempat di makmal komputer SK Patung. Klinik ini merangkumi subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Ini adalah persediaan untuk murid tahun 6 bagi menghadapi UPSR tahun ini.


Lawatan Polis Trafik Dari Balai Polis Beratok

Pada 2.3.2018 SK Patung telah dilawati oleh 2 orang anggota polis trafik dari Balai Polis Beratok. Lawatan ini ada bertujuan untuk melihat setiap kelas dan memberi kesedaran murid-murid tentang pentingnya peraturan semasa di jalan raya.

11 May 2018

Program HOPE

Sekumpulan sukarelawan 'HOPE' dari Singapore telah datang ke SK Patung pada  4/5/2018 untuk membuat beberapa aktiviti dengan murid-murid sekolah yang dipilih.


Pertandingan Bercerita Kawasan 4 Daerah Padawan

Pada 26/4/2018 pertandingan bercerita kawasan 4 daerah Padawan telah diadakan bertempat di SK Patung. Sebanyak 16 buah sekolah telah mengambil bahagian. Pemenang pertandingan ini akan mara ke peringkat daerah mewakili kawasan 4 Padawan.


07 May 2018

Karnival 1Murid 1Sukan

Tarikh : 25 - 26.4.2018
Masa   : 8.00 pagi

Semua staf dan murid SK Patung telah bersama-sama menjayakan mini carnival 1Murid 1Sukan peringkat sekolah. Syabas diucapkan!!!


Mesyuarat Agung PIBG

Pada 18.3.2018 telah diadakan mesyuarat agung PIBG untuk memilih ahli jawatankuasa baru. Ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih adalah berdasarkan suara ramai. Mesyuarat tersebut diadakan di bawah makmal komputer SK Patung.

                                         Ahli Jawatankuasa PIBG SK Patung yang telah dilantik

04 May 2018

Pemantapan Disiplin Di Kalangan Murid

Pada 11.4.2018 telah diadakan ceramah 'Pemantapan Disiplin Di Kalangan Murid' anjuran dari pihak Hal Ehwal Murid SK Patung. Penceramah yang dijemput untuk memberi motivasi kepada murid adalah Encik Ambrose dan Puan Martina dari SMK Tun Abdul Razak.
 
 


...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...