29 May 2019

UJIAN SARINGAN PERTAMA UKM1 PERMATA PINTAR

Ujian Saringan Pertama UKM1 Permata Pintar telah dijalankan di sekolah untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Ujian ini boleh diduduki mulai 10 Januari hingga 31 Mei 2019. Pihak sekolah telah menyediakan netbook untuk kegunaan ujian tersebut. 


HARI PERMUAFAKATAN BERSAMA IBU BAPA MURID PRASEKOLAH, TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

Hari Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Murid Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 telah diadakan pada 24.5.2019 di bilik kelas masing-masing pada pukul 10.30 pagi. Ibu bapa berjumpa dengan guru kelas untuk mengetahui kemajuan akademik anak-anak. 



28 May 2019

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NOORSHEKIM BIN JAMALI, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK PATUNG

Pada 3.5.2019, warga SK Patung telah mengadakan majlis perpisahan buat Cikgu Noorshekim bin Jamali, Penolong Kanan Kokurikulum SK Patung akan mula bertugas di stesen yang baharu iaitu SK Semenggok mulai 7.5.2019. Cikgu Noorshekim mula bertugas di SK Patung sebagai Penolong Kanan Kokurikulum mulai 1.6.2011 hingga 3.5.2019. Beliau banyak membawa murid-murid keluar untuk penyertaan dalam aktiviti kokurikulum peringkat kawasan, daerah dan bahagian. 

Pada hari tersebut, Cikgu Noorshekim telah memberi ucapan dan mendeklamasikan sajak buat semua warga sekolah. Warga sekolah mengucapkan SELAMAT BERTUGAS DI STESEN BAHARU KEPADA CIKGU NOORSHEKIM BIN JAMALI. 





SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019


SK Patung telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 3.5.2019 (Jumaat) di bawah makmal komputer sekolah. YDP PIBG iaitu Encik Zulkifli bin Abdullah telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Tema Hari Guru  tahun 2019 ialah GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI. Sambutan dimeriahkan dengan persembahan murid tahap 1 dan tahap 2, lafaz ikrar dan nyanyian serta pemotongan kek daripada warga pendidik. 






 


























24 May 2019

PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN, SAHSIAH & KESELAMATAN MURID BERSAMA PEGAWAI POLIS

Disiplin adalah teras kejayaan murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan murid adalah dua unsur yang saling berkait rapat maka Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah mengadakan satu program iaitu Program Pemantapan Disiplin, Sahsiah & Keselamatan Murid Bersama Pegawai Polis untuk meningkatkan kesedaran tahap disiplin pada murid SK Patung. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin seharusnya dititik beratkan baik di rumah mahupun di sekolah.

Nama Program : Program Pemantapan, Sahsiah & Keselamatan Murid 2019
Tarikh : 2 Mei 2019
Hari : Khamis
Tempat : Bawah Makmal Komputer SK Patung

















20 May 2019

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH PADAWAN TAHUN 2019

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Padawan Tahun 2019 telah diadakan di Dewan Terbuka SK Patung pada 30.4.2019 dan telah berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Objektif aktiviti :
1. Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan.
2. Mencari peserta untuk Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Daerah Padawan Tahun 2019

Keputusan Pertandingan :

Pemenang Tahap 1

TEMPAT

NAMA


SEKOLAH

KAWASAN
1
NUR QASRINA QARMILA BT NIK HAZIM
SK SIBURAN BATU
MAMBONG
2
EVELYN NG KHUN GEK


KOTA SENTOSA
3
DAYRGARET LENYU AK PAYA


BATU KAWA


Pemenang Tahap 2

TEMPAT

NAMA

SEKOLAH

KAWASAN

1
FATIAH SYUHADA BT. MOHD JEFFREY
SK MATANG JAYA
MATANG
2
VALERI ENTIA AK DANIEL


BATU KAWA
3
CHELSIA AMBER


TARAT







BENGKEL PLC : TEACHER SHARING SESSION UNTUK MATAPELAJARAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU BAHASA INGGERIS SK PATUNG


Jawatankuasa Kurikulum SK Patung telah mengadakan Bengkel PLC : Teacher Sharing Session Untuk Matapelajaran Bahasa Inggeris Bagi Guru Bahasa Inggeris pada 27.4.2019 dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di makmal komputer sekolah. Fasilitator yang dijemput untuk menjayakan bengkel tersebut ialah Puan Azmeera Abdullah. Seramai 26 orang murid Tahun 6 dan guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris terlibat. 






PROGRAM KLINIK UPSR 2019 - TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR KERTAS MATEMATIK


Jawatankuasa Kurikulum SK Patung telah mengadakan Program Klinik UPSR 2019 - Teknik Menjawab Soalan UPSR 2019 Kertas Matematik pada 23.4.2019 dari pukul 2.00 hingga 4.30 petang bertempat di makmal komputer sekolah. Pemudahcara yang dijemput untuk berkongsi teknik-teknik menjawab kertas soalan adalah Encik Janos anak Nyirim, pendidik dari SK ST Patrick Semadang. Seramai 26 orang murid Tahun 6 dan seorang guru matapelajaran Matematik Tahun 6 terlibat.











MINI KARNIVAL 1MURID 1SUKAN SK PATUNG 2019

Jawatankuasa Kokurikulum SK Patung telah mengadakan Mini Karnival 1Murid 1Sukan 2019 pada 17-18 April 2019 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari di padang sekolah. Aktiviti ini melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta murid prasekolah di bawah jagaan guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid.

Objektif program :
1. Mencungkil bakat dan memberikan murid-murid peluang menyertai sukan.
2. Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan peserta.
3. Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan cabaran.
4. Melahirkan warga SK Patung yang cerdas dan cergas.











PROGRAM KLINIK UPSR - TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR KERTAS SAINS


Jawatankuasa Kurikulum SK Patung telah mengadakan Program Klinik UPSR 2019 - Teknik Menjawab Soalan UPSR 2019 Kertas Sains pada 9.4.2019 dari pukul 2.00 hingga 4.30 petang bertempat di makmal komputer sekolah. Pemudahcara yang dijemput untuk berkongsi teknik-teknik menjawab kertas soalan adalah Puan Hajibah binti Haji Sepawi, guru dari SK Rakyat, Kuching. Seramai 26 orang murid Tahun 6 dan seorang guru matapelajaran Sains Tahun 6 terlibat.






PROGRAM KLINIK UPSR 2019 - TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR KERTAS BAHASA MELAYU

Jawatankuasa Kurikulum SK Patung telah mengadakan Program Klinik UPSR 2019 - Teknik Menjawab Soalan UPSR 2019 Kertas Bahasa Melayu pada 1.4.2019 dari pukul 2.00 hingga 4.30 petang bertempat di makmal komputer sekolah. Pemudahcara yang dijemput untuk berkongsi teknik-teknik menjawab kertas soalan adalah Puan Mimilia Gabriel. Seramai 26 orang murid Tahun 6 dan seorang guru matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 terlibat.



...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...