Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan SK Patung
Pendidikan di sk patung adalah proses berterusan untuk memperkembangkan potensi diri murid secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang baik, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk mencapai cita-cita dan aspirasi negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia
Visi
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
Misi
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Visi
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
Misi
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Piagam Sekolah
Kami warga pendidik SK PATUNG, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- Memastikan semua murid di bawah jagaan kami mendapat bimbingan dan didikan yang sempurna dan sewajarnya.
- Memastikan keselesaan, keselamatan dan kemajuan para murid sekolah ini dalam pelajaran mereka.
- Memastikan semua murid berpeluang untuk menikmati kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah ini.
- Memastikan semua murid berpeluang untuk menikmati faedah skim-skim bantuan yang disediakan oleh jabatan/kementerian pelajaran mengikut kelayakan masing-masing.
- Menjunjung, mengekal serta memperkembangkan lagi permuafakatan yang sedia ada di antara pihak sekolah dan masyarakat setempat.
- Memastikan para ibu bapa dan anggota masyarakat setempat mendapat layanan yang mesra, adil dan saksama.
- Memastikan prestasi akademik para murid khasnya dan prestasi sekolah ini amnya akan terus meningkat.
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina dari semua pihak untuk menjayakan misi dan visi sekolah ini.
Matlamat Sekolah
- Melahirkan pelajar/murid yang berpotensi dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi seorang insan yang sempurna dan berguna.
- Melahirkan murid yang serba boleh, berdaya saing yang sihat serta berkeinginan supaya mampu memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat, bangsa agama dan negara
- Memelihara serta mengoptimumkan kepenggunaan segala kemudahan dan resos pendidikan yang sedia ada bagi memaksimakan proses pengajaran pembelajaran.
- Mempertingkatkan prestasi murid-murid secara berterusan.
- Memupuk dan mengamalkan tingkah laku dan nilai-nilai yang positif serta berusaha mensifarkan kes-kes disiplin.
- Memupuk dan mengembangkan potensi individu supaya harmonis dan seimbang.
- Mewujudkan suasana sekolah yang bersih , cantik, ceria dan kondusif untuk murid-murid belajar.
- Menambah, memperbaiki dan menyelenggara kemudahan fizikal sekolah.
- Menyediakan murid-murid untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah menengah. (tanpa keciciran).
"Kerajinan tangga kejayaan"
Buku
Buku adalah sumber ilmu, amalan membaca sentiasa diutamakan
Obor menyala
Sentiasa mempunyai semangat yang membara untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum
4 gelung
Sentiasa cergas dan aktif dalam aktiviti kokurikulum
Padi
Sumber inspirasi, kekuatan semangat untuk bersaing secara sihat
Warna Kuning
Melambangkan bertenaga, gembira dan bersemangat
Warna Hijau
Melambangkan tenang, aman dan sejahtera
Warna Merah
Melambangkan berani dan gagah
Warna Biru
Melambangkan perpaduan
Lagu Sekolah
"Sekolahku"
Indah Permai
Sekolah tercinta
Warnasari
Penyeri Suasana
Saat Ini
Ku kenal namamu
Tempat kami
Menimba ilmu
SK Patung
Nama yang abadi
Perjuangan bermula di sini
Pendidik kami
Yang jujur berbakti
Pembentuk insan
Berkualiti
Kepada guru
Yang jiwa mulia
Pengorbananmu
Takkan dilupa
Kami berjanji
Demi kejayaan
Cita-cita
Dalam genggaman