Ceramah Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat.
Menerusi aktiviti-aktiviti yang dirancang, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara serta kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.
Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan "Sekolah Bebas Dadah"
Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan Program Ceramah Anti Dadah 2022 pada 2 Disember 2022 jam 8.30 pagi di Dewan Terbuka sekolah. Tetamu jemputan ialah Encik James Sean anak Junata dan Encik Walen anak Dabblin, pihak AADK Serian.
Terima kasih kepada pihak AADK Serian kerana telah memberi kerjasama dan sudi memberi ceramah mengenai dadah dan pameran jenis-jenis dadah untuk warga sekolah.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung.
Cikgu Marieta anak Dewok, PK HEM SK Patung memberi kata alu-aluan