Fasilitator Schoolnet sekolah telah menganjurkan satu pertandingan membina slideshow yang melibatkan pelajar tahun 6. Pertandingan ini telah berlansung pada 10 November 2010 iaitu pada hari Rabu.
Seminggu sebelum pertandingan, para pelajar telah diarahkan untuk mencari kumpulan sendiri yang terdiri daripada 2 hingga 3 orang murid untuk sebuah kumpulan. Mereka telah diajar cara-cara untuk membina slideshow menggunakan Microsoft Office Powerpoint 2007 sebagai salah satu aktiviti dalam kelas schoolnet mereka yang dijalankan setiap hari Selasa mulai Ogos 2010 yang lalu. Antaranya ialah cara-cara untuk menambah (teks, gambar dan bentuk), menukar warna latar belakang, format (teks, gambar dan bentuk) dan akhir sekali menyimpan slideshow yang telah siap di desktop supaya mudah dicari.
Mereka diberi masa selama seminggu untuk memikirkan tajuk yang menarik dan menyediakan bahan atau meminta bantuan fasilitator schoolnet untuk menyediakan bahan tersebut.
Penglibatan pelajar tahun 6 sangat memberansangkan kerana mereka menunjukkan minat terhadap program ini sehinggakan mereka meminta untuk mengambil masa tambahan dari waktu rehat mereka.
Pesanan Faslitator Schoolnet:
"Diharap kelas ICT ini telah memberikan sedikit sebanyak pendedahan kepada murid Tahun 6 dan dapat dimanfaatkan oleh semua murid pada masa akan datang. Semoga program ini telah mencapai objektifnya iaitu menanam asas-asas pengkomputeran dalam diri setiap murid."
Terima Kasih di atas kerjasama semua murid yang terlibat. Keputusan pertandingan ini akan diumumkan pada hari Selasa, 16 November 2010.