Pengoperasian Sekolah untuk Baki Tahun 2020
Tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar bagi seluruh dunia, termasuk juga negara kita yang begitu terkesan dengan pandemik COVID-19. Dengan itu, KPM mengambil maklum pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan pada 7 November 2020 berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Kelantan, Pahang dan Perlis. Mengambil kira pengumuman tersebut serta takwim persekolahan tahun 2020, KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah termasuk kolej Vokasional di bawak KPM akan ditutup bermula 9 November 2020 sehingga ke akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020. Sepanjang tempoh pentupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-Based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
** Pembelajaran secara dalam talian dan hardcopy kertas latihan akan diedarkan kepada semua murid SK Patung dari masa ke semasa.