Pada 7 Oktober 2022 (Jumaat) satu perjumpaan khas guru dan AKP telah diadakan di bilik guru SK Patung. Perjumpaan khas ini untuk memberi laluan kepada Guru Besar menyampaikan amanat terakhir sebelum beliau melapor diri bertugas di SK Jln Ong Tiang Swee pada 11 Oktober 2022. Untuk makluman, Puan Ho Young Jing telah menerima surat pemberitahuan pertukaran setara antara Daerah berkuatkuasa 3 Oktober 2022. Guru Besar berharap semua guru dan AKP teruskan memberi perkhidmatan yang terbaik demi kecemerlangan anak didik SK Patung. Beliau mendoakan agar SK Patung semakin cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Untuk makluman semua, Puan Ho Young Jing merupakan Guru Besar perempuan kedua berkhidmat di SK Patung. Beliau mula menjalankan tugas sebagai Guru Besar mulai tahun 2019 sehingga tahun 2022. SK Patung merupakan sekolah pertama beliau menjalankan tugas sebagai Guru Besar. Kami warga SK Patung mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ho Young Jing selama beliau memimpin di SK Patung. Khidmat bakti beliau akan sentiasa diingati buat selamanya. Doa kami agar segala urusan beliau di sekolah baharu dipermudahkan.
Akhir kata, kami warga SK Patung mengucapkan SELAMAT BERTUGAS DI STESEN BAHARU DAN SEHINGGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN HARI.
Berikut adalah gambar penyerahan Nota Serah Tugas Guru Besar kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Serian.
Berikut adalah gambar-gambar anak-anak didik SK Patung bersalam dan memberi hadiah sebagai tanda terima kasih mereka kepada Puan Ho Young Jing.