24 April 2019

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan Tahap 2 Peringkat Kawasan Tarat Tahun 2019

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan Tahap 2 Peringkat Kawasan Tarat Tahun 2019 telah diadakan di dewan terbuka SK Patung pada 24.4.2019. Pertandingan ini mendapat penyertaan daripada 11 buah sekolah dalam Kawasan Tarat. Tropy diberi kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap tahap. Pemenang tempat pertama tahap 1 dan tahap 2 akan mewakili Kawasan Tarat dan bertanding dengan pemenang daripada Kawasan Mambong, Kawasan Batu Kitang, Kawasan Batu Kawa, Kawasan Kota Sentoasa dan Kawasan Matang pada 30.4.2019 nanti yang akan diadakan di Dewan Terbuka SK Patung.

























PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2019

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2019 telah diadakan pada 23 April 2019 (Selasa) pada pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi di bilik kelas prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Bilik Guru. Program yang melibatkan 142 orang murid, 14 orang guru dan 2 orang AKP bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan warga sekolah dan murid-murid.








16 April 2019

MILO PERCUMA KEPADA WARGA SEKOLAH

Pada 23 Mac 2019 pukul 10.45 - 11.15 pagi, pihak lori Milo telah datang ke sekolah untuk memberi milo percuma kepada murid-murid dan guru-guru.




PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN SK PATUNG 2019

Pada 12 April 2019 pukul 8.00 - 11.00 pagi bertempat di bahagian bawah Makmal Komputer, pihak sekolah telah mengadakan Program Motivasi bersama ibu bapa atau penjaga murid SK Patung. Penceramah iaitu Cikgu Osman bin Zaini telah dijemput untuk memberi ceramah. Beliau merupakan Penolong Kanan Kokurikulum di SK Rajau Ensika.



MESYUARAT PIBG BIL.1 / 2019

Mesyuarat PIBG Bil.1/2019 telah diadakan pada 7 April 2019 pada pukul 2.00 petang di bahagian bawah Makmal Komputer SK Patung. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ibu bapa / penjaga / wakil, guru-guru, barisan exco PIBG dan sukarelawan.




...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...