24 June 2019

PERTANDINGAN STORY TELLING DAN PUBLIC SPEAKING ZON TARAT PADAWAN TAHUN 2019

Pada 18 Jun 2019, sekolah telah menghantar 2 orang wakil iaitu Hannah Abbygale anak Clipton Gayle (murid Tahun 3) dan Melvinna Ashley anak Mohet (murid Tahun 6) ke Story Telling Competition Level 1 & 2, Public Speaking Competition Level 2 Kawasan Tarat 2019. Pertandingan tersebut telah diadakan di SK Subang. 2 orang murid tersebut telah diiringi oleh Cikgu Joe anak Tree selaku Penolong Kanan Kokurikulum dan Cikgu Paula anak Ruman yang menjadi Hakim Public Speaking.















PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO (SEKOLAH RENDAH)

Pada 13 Jun 2019 yang lalu, sekolah telah meghantar seorang wakil yang berbakat dalam nyanyian iaitu Justine Ashtonn anak Fagal murid Tahun 5 ke Pertandingan Nyanyian Solo (Sekolah Rendah). Pertandingan tersebut diadakan di SK ST Peter Simpok. Justine telah mendapat sijil saguhati pada hari tersebut. Tahniah kepada Justine Ashtonn anak Fagal yang telah mewakili sekolah ke pertandingan tersebut.


18 June 2019

HI-TEA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU, MAJLIS PERPISAHAN ENCIK NOORSHEKIM BIN JAMALI DAN MAJLIS PERSARAAN ENCIK ROGER ANAK NISIR

Pada 15 Jun 2019 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan Hi-Tea sempena sambutan hari guru, majlis perpisahan Encik Noorshekim bin Jamali dan majlis persaraan Encik Roger anak Nisir. Hi-Tea telah diadakan di Imperial Hotel Restoran. Program bermula pada pukul 1.00 petang hingga 4.00 petang. Pihak sekolah telah menyerahkan cenderamata kepada Cikgu Noorshekim bin Jamali yang telah bertukar stesen bertugas ke SK Semenggok.



ENGLISH IN CAMP ORGANISED BY ENGLISH PANEL SK PESANG

15 Jun 2019 - Seramai 4 orang murid Tahap 2 (2 lelaki dan 2 perempuan) telah dihantar untuk menyertai program English In Camp (EIC) di SK Pesang Begu, Padawan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris sekolah tersebut. Program EIC ini telah berlangsung selama sehari (0800-1630). Cikgu Nur Rahimah Hani telah diamanahkan untuk mengiringi para peserta dari SK Patung dan sekaligus menjadi fasilitator untuk EIC tersebut. Sepanjang program berlangsung, murid-murid libat secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Secara tidak langsung, murid-murid mendapat pendedahan dan mempelajari bahasa tersebut dengan lebih menarik. Selain itu, Guru Besar SK Peter, Simpok, Encik Peter Lidong, selaku pengerusi Zon Tarat telah merasmikan program EIC dalam majlis penutupan program tersebut.

















PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KEPADA MURID-MURID MUSLIM DARIPADA TABUNG BAITULMAL CAWANGAN SAMARAHAN

Pada 24 Mei 2019, Jumaat bersamaan hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun 2019  bermula, pihak sekolah telah mengadakan perhimpunan untuk semua warga sekolah di bawah makmal komputer. Pada hari tersebut pihak sekolah juga telah menyerahkan sumbangan zakat kepada 13 orang murid beragama Islam. Sumbangan tersebut adalah daripada Tabung Baitulmal Cawangan Samarahan.















...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...