29 August 2019

Program Jejak Minda Pelajar-Pelajar Tahun 6 -2019

Pada 28 Ogos 2019 (Rabu) telah diadakan Program Jejak Minda Pelajar-Pelajar Tahun 6 bagi Tahun 2019 bertempat di SK ST Elizabeth Tijirak. Sebanyak 3 buah sekolah terlibat dengan program tersebut. Sekolah yang terlibat adalah SK Patung, SK ST Francis Xavier, Seratau dan SK ST Elizabeth, Tijirak.




27 August 2019

PENYERAHAN BANTUAN BAUCAR PAKAIAN SERAGAM YAYASAN SARAWAK 2019

Pada 27 Ogos 2019, 10.30 pagi hingga 11.00 pagi, pihak sekolah telah menyerahkan Bantuan Baucar Pakaian Seragam Yayasan Sarawak 2019 kepada ibu bapa murid yang layak menerima bantuan tersebut. Sebanyak 5 orang murid layak menerima bantuan tersebut. 



Program Senaman Pagi

Program senaman pagi telah diadakan setiap pagi Isnin diketuai oleh Cikgu Joe anak Tree selaku Penolong Kanan Kokurikulum SK Patung. Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan staf dan murid-murid.



06 August 2019

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2019

Pada 2 Ogos 2019 telah diadakan Program Motivasi Kecemerlangan Akademik untuk 19 orang Tahun 5 dan 26 orang murid Tahun 6. Penceramah jemputan ialah Puan Helen anak Thomas iaitu Guru Bimbangan dan Kaunseling dari SK Semenggok. Program bermula pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang di Bilik Makmal Komputer SK Patung.







01 August 2019

Jazz Chanting Competition 2019

27.07.2019 (Sabtu)- seramai 17 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 3,4,5 dan 6 telah mengambil bahagian dalam pertandingan 'Jazz Chanting Competition' yang dianjurkan oleh  SMK Tun Abdul Razak sempena Karnival Inggeris 2019. Pasukan Jazz Chant ini telah dibimbing oleh Puan Nur Rahimah Hani@Cindy Tan dan Puan Uri@Nuri Anak Riba. Seramai 5 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam pertandingan Jazz Chant tersebut dan sekolah SK Patung telah memenangi tempat kedua. Syabas diucapkan kepada semua yang telah terlibat.






...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...