02 December 2022

PROGRAM CERAMAH ANTI DADAH 2022

Ceramah Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat. 

Menerusi aktiviti-aktiviti yang dirancang, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara serta kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. 

Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan "Sekolah Bebas Dadah" 

Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan Program Ceramah Anti Dadah 2022 pada 2 Disember 2022 jam 8.30 pagi di Dewan Terbuka sekolah. Tetamu jemputan ialah Encik James Sean anak Junata dan Encik Walen anak Dabblin, pihak AADK Serian. 

Terima kasih kepada pihak AADK Serian kerana telah memberi kerjasama dan sudi memberi ceramah mengenai dadah dan pameran jenis-jenis dadah untuk warga sekolah. 

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung. 

Cikgu Marieta anak Dewok, PK HEM SK Patung memberi kata alu-aluan 



Encik James Sean anak anak Junata, Pegawai AADK memberi ceramah 














Murid-murid bergilir-gilir melihat bahan pameran 























Cikgu Nur Rahimah Hani, Penolong Kanan Pentadbiran dan Ikhtisas memberi kata-kata penutup 





Penyerahan sijil dan cenderamata kepada penceramah 




01 December 2022

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PATUNG KALI KE - 38

Unit Kokurikulum SK Patung telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan SK Patung kali ke-38 pada 27 November 2022 Ahad. Kejohanan Sukan Tahunan SK Patung telah dirasmikan oleh Encik Tan Ax Yu, Yang Dipertua PIBG. Antara tetamu jemputan dijemput adalah ketua-ketua kaum dari Kampung Kerumboi, Kampung Patung, Kampung Menjau, Kampung Pulau Kandis, Kampung Plaman Toop, Kampung Tabuan Rabak dan Kampung Kuang. Sebelum acara bermula, murid-murid melakukan aktiviti pemanasan badan terlebih dahulu. Acara yang dilaksanakan pada hari tersebut adalah acara balapan sebanyak 30 acara. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kejohanan berlangsung. 

Rumah sukan mengikut kiraan markah tinggi ke rendah : 

Tun Jugah - 115 markah 

Rosli Dhobi - 106 markah 

Rentap - 103 markah 

Kanang - 97 markah 

Syabas dan tahniah kepada semua murid SK Patung. 

Pihak PIBG SK Patung mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang hamper untuk aktiviti cabutan tiket bertuah. 

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SK Patung kali ke - 38 bagi tahun 2022. Segala usaha dan keringat yang disumbangkan amat dihargai. 

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Perbarisan rumah sukan 













Puan Nur Rahimah Hani, Penolong Kanan Pentadbiran dan Ikhtisas berucap 


Encik Tan Ax Yu, YDP PIBG berucap dan merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Ke-38 


Jemputan kehormat iaitu ketua-ketua kaum 







Penyampaian medal kepada para pemenang untuk acara padang dan balapan 





























Penyerahan piala kepada wakil rumah sukan yang mendapat johan, naib johan, ketiga dan keempat


Gambar candit sepanjang kejohanan berlangsung 





















...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...