20 January 2023

JAMUAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA SK PATUNG

Pada 19.01.2023, jam 12.30 tengahari, satu perhimpunan khas bersama murid-murid telah diadakan di bawah makmal komputer untuk menyampaikan beberapa pengumuman penting. Antara maklumat yang disampaikan oleh Puan Nur Rahimah Hani, Penolong Kanan Pentaadbiran dan Ikhtisas serta pemangku Guru Besar kepada murid-murid ialah : 

1. Cuti tambahan perayaan pada 20.01.2023 (Jumaat)

2. Cuti umum pada 23.01.2023 (Isnin) - 24.01.2023 (Selasa)

3. Cuti peristiwa pada 25.01.2023 (Rabu)

4. Kembali ke sekolah pada 26.01.2023 (Khamis)

5. Jaga kesihatan dan keselamatan semasa bercuti 

Puan Nur Rahimah Hani selaku Penolong Kanan Pentadbiran dan Ikhtisas serta pemangku Guru Besar juga telah merancang jamuan untuk guru dan AKP sempena sambutan Tahun Baru Cina. Tema pakaian adalah merah dan kuning. Jamuan yang diadakan di bilik guru tersebut bermula pada pukul 1.00 petang sejurus selepas perhimpunan khas dan murid balik. Terima kasih kepada semua guru dan staf sokongan yang telah menyediakan makanan secara potluck. Warga SK Patung mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA kepada semua guru, staf sokongan, murid dan ibu bapa yang menyambut dan selamat bercuti semua. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat untuk tatapan bersama. 

Semua guru dan staf sokongan berada di bawah makmal bersama murid-murid untuk perhimpunan khas. 


Pentadbir mengambil kesempatan bergambar dengan kakitangan sokongan 




Pembakaran mercun di luar bilik prasekolah dan bilik guru sebagai tanda sambutan Tahun Baru Cina 

























 



17 January 2023

PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 / 2023

Pihak sekolah telah membuat pengagihan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150.00 seorang murid kepada 125 orang murid SK Patung pada 16.01.2023 isnin. Semoga dengan adanya bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa pada awal tahun. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa pengagihan bantuan. 







06 January 2023

JAMUAN PERPISAHAN CIKGU BONG SUNG LEE

Pihak sekolah SK Patung mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Bong Sung Lee yang akan berpindah dan menjalankan tugas ke SK St Alban Duras mulai 09.01.2023. Beliau telah melapor diri di SK Patung pada 25.03.2022, walaupun tempoh masa beliau berkhidmat begitu singkat di sekolah ini, banyak kenangan untuk dikenang dan perpindahan beliau ini amat dirasai oleh rakan sekerja dan anak-anak didik. Kami di SK Patung sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Cikgu Bong Sung Lee.

Cikgu Bong Sung Lee punch card untuk kali terakhir di SK Patung.



Memorikan kenangan bersama guru dan staf perempuan 




Bersama barisan guru lelaki di SK Patung



Jamuan khas untuk Cikgu Bong Sung Lee





Cenderamata daripada guru dan staf SK Patung



...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...