30 August 2022

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65 DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

Pihak sekolah telah mengadakan persembahan lagu patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 dan Hari Malaysia peringkat sekolah bagi Tahun 2022. Aktiviti ini berlangsung dari pukul 11.15 pagi hingga 12.50 tengah hari. Persembahan ini melibatkan murid Tahap 1 dan Tahap 2. Semua murid serta guru dan AKP telah mengecap tangan pada banner yang telah disediakan sebelum aktiviti berlangsung. Pihak sekolah mengucapkan syabas kepada semua murid di atas persembahan yang penuh semangat. Mari kita sama-sama jayakan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2022 iaitu KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA






















GOTONG-ROYONG PENYEDIAAN LORONG PANITIA BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK DAN SAINS

Unit Kurikulum SK Patung telah bergotong-royong untuk menyediakan lorong panitia iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Projek lorong panitia ini dilaksanakan secara berterusan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru di atas usaha murni anda untuk mencurahkan ilmu kepada anak didik SK Patung. 

Berikut adalah gambar sebelum lorong dibuat. 




Berikut adalah gambar semasa lorong dibuat. 






























...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...