25 February 2020

LAWATAN DARI KLINIK KESIHATAN SIBURAN

LAWATAN DARI KLINIK KESIHATAN (IMUNISASI MURID TAHUN 1 DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID PRASEKOLAH)

TARIKH: 19/2/2020
HARI: RABU


Suntikan tahun 1

Murid Prasekolah mendengar penerangan dari jururawat klinik kesihatan.

CERAMAH KESIHATAN DARI 'YAKULT'

Pada 19/2/2020 pihak Yakult telah mengadakan ceramah kesihatan untuk murid pra sekolah hingga murid tahun 6. Ceramah tersebut telah diadakan bertempat di dewan terbuka di SK Patung.


21 February 2020

PENYERAHAN BANTUAN 'BACK TO SCHOOL' DARI YAYASAN MARA


Pada 18/2/2020 pihak yayasan MARA telah menyerahkan bantuan Back To School kepada seramai 16 orang murid yang dipilih oleh pihak MARA sendiri.




19 February 2020

WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS

TARIKH : 14.2.2020 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK PATUNG





17 February 2020

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM 
PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH 
TAHUN 2020 
17 FEBRUARI 2020
DEWAN TERBUKA SK PATUNG

Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.

Program Jom ke Sekolah dilancarkan secara serentak di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah di seluruh negara pada 17 Februari 2020.

Pegawai Perhubungan Sekolah yang dijemput ialah  Sarjan Awang Taib Awang Bojeng, Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Daerah Padawan. 






11 February 2020

KURSUS KETUA PATROL & KETUA SEKAWAN


Pada 7-9/2/2020, Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Padawan telah menganjurkan Kursus Ketua Patrol dan Ketua Sekawan bertempat di SK Patung. Sebanyak 9 buah sekolah telah menyertai perkhemahan tersebut. Sekolah tersebut adalah SK Patung, SK Kg Gayu, SK Jalan Arang, SK ST Patrick Semadang, SK Semenggok, SK Pelaman Sidunuk, SMK Penrissen No.1, SMK Siburan dan SMK Tun Abdul Razak. Peserta dari kesemua buah sekolah adalah seramai 69 orang.




PROGRAM ZIARAH CAKNA TAHUN 2020

Program Ziarah Cakna ini telah dilancarkan di seluruh negara pada 10.2.2020 untuk peringkat sekolah.


DIALOG PRESTASI BERSAMA IBU BAPA TAHUN 6 2020


DIALOG PRESTASI BERSAMA IBU BAPA TAHUN 6

TARIKH: 3 FEBRUARI 2020 (ISNIN)
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER



KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MSSR DAERAH PADAWAN 2020

Pada 4.2.2020 SK Patung telah menghantar seramai 12 orang murid untuk mewakili sekolah dalam kejohanan sukan olahraga MSSR Daerah Padawan 2020. Sebanyak 4 orang guru pengiring turut serta untuk menghantar murid mengambil bahagian bertempat di Stadium Mini Padawan.


...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...