30 October 2019

HARI SUKAN SEKOLAH SK PATUNG

Sukan sekolah telah diadakan pada 27.10.2019 bertempat di padang sekolah SK Patung. Acara yang dijalankan pada hari sukan tersebut adalah acara balapan.






23 October 2019

LAWATAN PEGAWAI POLIS KE SEKOLAH

Pada 23 Oktober 2019 pukul 9.15 pagi, Sarjan Awg Taib dan Koperal Safardin telah mengadakan lawatan ke sekolah.


15 October 2019

PERTANDINGAN BERCERITA DAN BICARA SPONTAN DALAM BAHASA MELAYU TAHUN 2019


Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan Pertandingan Bercerita dan Bicara Spontan Dalam Bahasa Melayu pada 2 Oktober 2019 iaitu Rabu pada pukul 1.30 - 3.30 petang di Bawah Makmal Komputer SK Patung. Objektif pertandingan adalah untuk mencungkil bakat terpendam murid serta meningkatkan daya keyakinan murid di khalayak ramai. Pertandingan ini melibatkan murid Tahap 1 dan Tahap 2. 



MOTIVASI PERSEDIAAN KE TINGKATAN 1

Program Persediaan Murid ke Sekolah Menengah adalah satu program awal yang membantu memberi pendedahan kepada murid untuk melangkah ke sekolah menengah. Di samping itu, pendedahan awal ini sangat penting bagi membantu murid menghadapi kejutan budaya di sekolah menengah. Pada 11 Oktober 2019, pihak sekolah telah mengadakan Ceramah Motivasi Persediaan Ke Sekolah Menengah khas untuk murid-murid Tahun 6 bertempat di bawah makmal komputer SK Patung. Pihak sekolah telah menjemput Guru Bimbangan dan Kaunseling SMK Tun Abdul Razak untuk menjayakan ceramah pada hari tersebut. 



09 October 2019

GOTONG ROYONG PIBG SK PATUNG 2019


Gotong royong PIBG tahun 2019 telah diadakan pada 6.10.2019 (Ahad) dan telah dijayakan dengan kehadiran para ibu bapa dan staf SK Patung. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mengecat tandas sekolah, menanam dan mencabut rumput di kawasan sekolah, menyimen dan mengangkat bata di bawah bilik agama, memotong pokok pinang yang telah lama di kawasan sekolah, mengalihkan tapak permainanan di padang sekolah kerana telah tidak sesuai digunakan. Aktiviti gotong royong selesai pada pukul 4.00 petang.



SUKANEKA PRASEKOLAH SK PATUNG 2019

Pada 4.10.2019 (Jumaat) kelas Prasekolah SK Patung dan SK ST Patrick Semedang telah menganjurkan sukaneka peringkat sekolah bertempat di SK ST Patrick Semedang. Gabungan 2 buah sekolah tersebut adalah julung kali diadakan dalam sukaneka prasekolah. Prasekolah SK Patung telah dipimpin oleh Cikgu Uri @ Nuri anak Riba (Guru Prasekolah) dan Puan Patricia anak Risut (PPM Prasekolah).




02 October 2019

MILO PERCUMA KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH

Pada 1 Oktober 2019 (Selasa) pada pukul 12.00 - 12.30 tengah hari Lori Milo Nestle telah datang ke sekolah untuk memberi sample minuman milo percuma kepada semua murid, guru-guru dan staf sokongan sekolah. TERIMA KASIH NESTLE.




...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...