29 September 2019

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SK PATUNG

Sambutan bulan Kemerdekaan 2019 merupakan sambutan Kemerdekaan Ke-62 bertemakan 'Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih'. Antara aktiviti yang dijalankan sebelum penutupan dan semasa penutupan ialah menghias kawasan sekolah, memasang lagu-lagu patriotik pada waktu rehat, pertandingan keceriaan kelas, pertandingan melukis dan mewarna serta pertandingan nyanyian lagu patriotik. Diharap sambutan bulan kemerdekaan yang diadakan di peringkat sekolah ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid tentang erti kemerdekaan. Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk murid supaya berjiwa patriotik yang sayangkan serta cinta akan negara, bangsa, sekolah dan diri.














26 September 2019

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6 SK PATUNG TAHUN 2019

Pada 25 September 2019, pihak sekolah telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 ke KLB Garden, Lot 85, Kayan Land District, Jalan Pangkalan Amo, Tebedu, 94760 Serian. Seramai 25 orang murid Tahun 6 dan diiringi oleh 3 orang guru subjek Tahun 6 iaitu Cikgu Joe anak Tree selaku PK KK, Cikgu Paula anak Ruman  dan Cikgu Ramlee@Cain bin Kusang. Rombongan bergerak dari sekolah menggunakan bas sekolah berhawa dingin daripada Maria's Transport Service. Sepanjang lawatan tersebut para pelajar melawat ke rabbit farm, cycling, animal feeding dan boating. Murid-murid juga diberi makanan tengahari yang telah ditempah oleh Cikgu Joe anak Tree. Semoga dengan lawatan ini, murid-murid dapat menimba pengalaman dan pengetahuan serta menjadi memori terindah buat mereka semua.









23 September 2019

FAREWELL CIKGU NUR SAHNIZA BINTI SAHMAT SEBAGAI GURU GANTI

Pada 20.09.2019 pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan dan jamuan khas buat Cikgu Nur Sahniza binti Sahmat yang telah berkhidmat sebagai guru ganti di SK Patung mulai 12.07.2019 hingga 20.09.2019. Cikgu Nur Sahniza binti Sahmat mengajar Bahasa Arab menggantikan guru yang sedang cuti bersalin. Pada majlis tersebut, Puan Ho Young Jing telah menyampaikan plaque dan sijil penghargaan buat Cikgu Nur Sahniza binti Sahmat. Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CIKGU NUR SAHNIZA BINTI SAHMAT.


03 September 2019

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada 30 Ogos 2019, SK Patung telah melancarkan bulan kemerdekaan. 2 buah lagu patriotik dinyanyikan untuk pelancaran bulan kemerdekaan tersebut.



...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...