29 July 2019

Perkhemahan Lencana Kemajuan Siri 1/2019

Pada 19-21 Julai 2019 telah diadakan perkhemahan Lencana Kemajuan Siri 1/2019 (Lencana Keris Gangsa & Lencana Keris Perak) di SK ST Patrick Semadang, Padawan. Seramai 10 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 telah mengikuti perkhemahan tersebut dan diiringi oleh 2 orang guru pengiring iaitu Cikgu Mohd Halmaiza Bin Mohd Zakaria dan Cikgu Joe Anak Tree. Selain itu, 6 orang murid Tahun 6 dari SK Patung telah menerima ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK.



18 July 2019

CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN

Pasukan Pergigian Bergerak yang terdiri daripada 2 orang Juruterapi Pergigian dan 2 orang Pembantu Pembedahan Pergigian/Pembantu Perawatan Kesihatan telah melawat sekolah mulai 21.06.2019 sehingga 16.07.2019 untuk memberi rawatan pergigian dan latihan memberus gigi kepada murid-murid sekolah.

Pada 18.06.2019 pihak pasukan pergigian bergerak telah memberi ceramah kesihatan pergigian kepada semua warga sekolah terutama murid-murid. 



07 July 2019

PROGRAM BERSEPADU (LATIHAN KEBAKARAN & DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN) BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT CAWANGAN SIBURAN

Pada 5 Julai 2019 Unit HEM SK Patung telah menganjurkan Program Bersepadu (Latihan Kebakaran & Demonstrasi Memadam Kebakaran) bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Siburan. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga sekolah terutamanya murid-murid tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.







MAJLIS RAMAH TAMAH GAWAI RAYA SK PATUNG TAHUN 2019

Panitia Pendidikan Moral dan Panitia Pendidikan Agama Islam SK Patung telah bergabung tenaga untuk menganjurkan Program Ramah Tamah Gawai Raya 2019.

Nama Program : Majlis Ramah Tamah Gawai Raya 2019
Tarikh : 28 Jun 2019
Hari : Jumaat
Tempat : Bawah Makmal Komputer
Masa : 10.00 pagi
Penglibatan : Semua warga sekolah, ketua-ketua kaum dan YDP PIBG SK Patung

 





...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...