07 February 2023

GOTONG ROYONG PEMINDAHAN TEMPAT DUDUK WARGA PENDIDIK SK PATUNG

Pada 6 Februari 2023, guru-guru serta staf sokongan telah bergotong royong memindahkan barang guru dari bilik guru yang lama ke lokasi baharu yang sebelum ini dijadikan Bilik Pemulihan. Sebanyak 10 orang guru ditempat di bilik tersebut, manakala guru Pendidikan Islam berada di bilik agama dan guru prasekolah berada di bilik prasekolah. Semoga lokasi baharu bilik guru ini memberi keselesaan kepada guru-guru untuk bekerja dan memberi aura positif kepada warga pendidik. Selain daripada itu, kedudukan meja penolong-penolong kanan dan pejabat am juga bertukar kedudukan untuk memberi keselesaan kepada semua. 


03 February 2023

LALUAN UTAMA MASUK KE SEKOLAH DINAIKI AIR SUNGAI YANG DERAS

Laluan utama untuk masuk ke dalam kawasan sekolah telah dinaiki air sungai yang deras pada 3.2.2023.  Hujan lebat yang turun semalaman menyebabkan ai sungai penuh dan menenggelamkan padang serta laluan utama masuk ke dalam kawasan sekolah. Guru serta staf sokongan telah berkumpul terlebih dahulu di Dewan Kampung Kerumboi sebelum bergerak ke sekolah terdekat iaitu SJK Beratok untuk lapor diri. Warga pendidik serta murid-murid menggunakan mode pembelajaran dalam talian untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Pesanan buat anak-anak murid yang dikasihi, jaga diri dan elak bermain air banjir demi keselamatan dan kesihatan anak-anak semua. 

Pihak PPD Serian juga telah datang untuk membuat lawatan ke sekolah setelah menerima laporan banjir daripada pihak sekolah. Ucapan terima kasih di atas keprihatinan pihak PPD Serian. 











PEMAKLUMAN GURU BESAR SK PATUNG YANG BAHARU - CIKGU YONHANSONE ANAK SIKA

Adalah dimaklumkan bahawa Cikgu Yonhansone anak Sika telah melapor dan menjalankan tugas sebagai Guru Besar di SK Patung pada 1.2.2023. Beliau yang sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Plaman Sidunuk telah ditukarkan sebagai Guru Besar di SK Patung mulai 9 Januari 2023. Warga SK Patung mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Yonhansone dan semoga kita semua dapat bekerjasama menjadi satu pasukan yang kuat untuk kemajuan sekolah kita. 

PROGRAM ZIARAH CAKNA BULAN FEBRUARI TAHUN 2023

Cikgu Yonhansone (Guru Besar), Cikgu Nur Rahimah Hani (PK1) dan Cikgu Marieta (PK HEM) telah mengadakan lawatan ziarah cakna ke rumah murid bernama Zavy Richgill, murid Tahun 4 yang mengalami jangkitan di kedua tapak kaki pada 3 Februari 2023 (Jumaat). Pihak sekolah amat mengambil berat kesihatan dan kehadiran murid ke sekolah serta mendoakan agar Zavy Richgill cepat sihat dan dapat kembali ke sekolah untuk belajar bersama guru dan rakan-rakan sekelas. 



...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...