12 August 2010

Sejarah Penubuhan Sekolah

Sk Patung ditubuhkan pada tahun 1966. Sekolah ini terletak kira-kira 34 km dari bandaraya kuching. Sejak penubuhannya, sekolah ini telah mencapai usia 58 tahun. Walaubagaimanapun tiada dokumen-dokumen yang menunjukkan kronologi tarikh-tarikh penting perkembangan pembinaan dan pentabiran awal sekolah. 


Kampung Tibiyan Patung 
Kampung Tibiyan Patung (Kampung Patung) adalah kampung yang baru dan penduduknya adalah terdiri daripada mereka yang berhijrah dari kampung Petag sekitar awal 50-an. Sekolah yang terdekat terletak di Kampung Rabak Simboh, yang mengambil masa 2 jam perjalanan melalui hutan dan bukit bukau. Anak-anak dari Kampung Patung menghadiri sekolah di Kampung Rabak walaupun menghadapi banyak kesukaran.


Sekolah dibuka
SK Patung dibuka secara rasminya pada tahun 1966. Guru yang pertama mengajar ialah En. Jambiat ak Sibem dan jumlah pelajarnya pada masa itu cuma sekitar 25 orang. Pada tahun 1977, jumlah pelajar yang semakin ramai menyebabkan jumlah kelas semakin tidak mencukupi. Pembinaan sekolah dibiayai oleh kerajaan dan strukturnya adalah daripada simen. Sekolah baru siap dibina pada 12 Mei 1978 dan dirasmikan oleh Tun Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zaidi Adruce yang pada masa itu adalah Menteri Perumahan.


Sk Patung di Era Milenium
Pendidikan semakin diberikan keutamaan dalam pembanggunan negara ini dan secara langsung telah memberi impak kepada perkembangan infrastruktur dan pentadbiran SK Patung. Jumlah kuota guru telah ditambah selari dengan jumlah pelajar yang semakin meningkat. Kakitangan bukan guru juga diwujudkan bagi membantu pentadbiran dan pengurusan sekolah. Landskap sekolah telah dinaiktaraf dan begitu juga kemudahan-kemudahan lain seperti bilik komputer. 



...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...