02 November 2010

Kejohanan Futsal Peringkat Sekolah



Kejohanan Futsal Peringkat Sekolah telah pun berlangsung dengan jayanya dan mengambil masa 3 hari iaitu pada 27, 28 dan 29 Oktober 2010 yang lepas. Kejohanan yang mengambil tempat di Padang Sekolah Sk Patung ini bertujuan untuk memperkembangkan serta mengasah bakat pelajar dalam aktiviti sukan selain merupakan salah satu program selepas UPSR 2010.





Pada hari Rabu, jam 2:00 petang, perlawanan antara 4 rumah sukan bagi setiap kategori telah berlangsung bagi menentukan pasukan manakah yang layak untuk bertanding ke peringkat separuh akhir yang dilangsungkan pada hari kedua. Pada Hari Jumaat pula pelajar yang terlibat akan bermain untuk perlawanan akhir.  Gambarajah di bawah menunjukkan aliran permainan dari perlawanan pertama sehinggalah perlawanan akhir yang mengambil tempat pada hari Jumaat, bermula jam 8:00 pagi.








Setiap perlawanan telah mengambil masa selama 20 minit, iaitu 10 minit bagi separuh masa perlawanan. Pasukan Rumah Merah telah beraksi dengan baik sekali seterusnya menjadikan mereka  Johan bagi kedua-dua kategori. Berikut adalah senarai hadiah dan pemenang.





Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan pengurus pasukan yang telah gigih berusaha dalam Kejohanan Futsal ini. Diharap program ini telah dapat:

1.      Menambah pengalaman dan keyakinan pemain apabila didedahkan dengan banyak perlawanan;
2.      Memahami dan dapat mempraktikkan segala teknik permainan futsal yang dipelajari
3.      Mengeratkan lagi semangat berpasukan dalam pasukan yang bertanding ; dan
4.      Menyemarakkan lagi budaya bersukan dalam kalangan murid-murid.

Pihak sekolah amat berbangga dengan penglibatan  guru-guru, murid-murid dan keluarga murid yang turut sama meriuhkan lagi perlawanan futsal ini. Jutaan terima kasih diucapkan.

...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...