30 August 2022

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65 DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

Pihak sekolah telah mengadakan persembahan lagu patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 dan Hari Malaysia peringkat sekolah bagi Tahun 2022. Aktiviti ini berlangsung dari pukul 11.15 pagi hingga 12.50 tengah hari. Persembahan ini melibatkan murid Tahap 1 dan Tahap 2. Semua murid serta guru dan AKP telah mengecap tangan pada banner yang telah disediakan sebelum aktiviti berlangsung. Pihak sekolah mengucapkan syabas kepada semua murid di atas persembahan yang penuh semangat. Mari kita sama-sama jayakan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2022 iaitu KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA






















...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...