19 October 2022

LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH KE SK PATUNG

Pegawai PDRM dari IPD Padawan iaitu Sarjan Awang dan Koperal Aduka telah membuat lawatan ke sekolah pada 17.10.2022 (isnin). Lawatan ini adalah bertujuan untuk membuat pemantauan di sekolah dan menyampaikan sedikit nasihat kepada murid-murid agar sentiasa menjaga tingkah laku dan menjaga disiplin semasa berada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Ini sesuai dengan moto iaitu POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA




...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...