07 November 2022

PERASMIAN LORONG PANITIA DAN TAMAN PRASEKOLAH

Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perasmian Lorong Panitia dan Taman Prasekolah pada 4.11.2022. Tetamu jemputan yang dijemput ialah mantan Guru Besar SK Patung iaitu Puan Ho Young Jing dan Encik Tan Ax Yu selaku YDP PIBG SK Patung. 

Majlis bermula pada pukul 10.30 pagi. Tetamu jemputan bersama barisan pentadbir berkumpul di makmal komputer terlebih dahulu untuk paparan slide sepanjang pelaksanaan Taman Prasekolah dan Lorong Panitia. 

Seterusnya para tetamu bergerak ke Taman Prasekolah. Murid prasekolah telah membuat persembahan nyanyian dengan bimbingan Cikgu Uri@Nuri selaku guru prasekolah dan Puan Patricia Risut selaku PPM. Usai persembahan, Encik Tan Ax Yu telah merasmikan Taman Prasekolah. Murid prasekolah turut bermain permainan Patung Mahjong untuk tontonan semua. Tetamu jemputan telah mengambil gambar kenangan di Taman Prasekolah. 

Selanjutnya, tetamu jemputan bergerak ke Lorong Panitia yang melibatkan 4 panitia iaitu Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Panitia Matematik dan Panitia Sains. Semua guru dan murid-murid telah berkumpul di setiap lorong untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Mantan Guru Besar bersama-sama dengan Encik Tan Ax Yu telah merasmikan Lorong Panitia. Setiap panitia menerangkan serba sedikit fungsi dan penggunaan lorong panitia masing-masing kepada tetamu jemputan. 

Selesai majlis perasmian, tetamu jemputan dijemput untuk menjamu selera di Bilik Guru. Murid-murid kembali ke kelas masing-masing dengan guru. 

Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah menyumbang tenaga dan duit sendiri untuk memastikan sudut lorong panitia ini berjaya diwujudkan. Tidak lupa juga kepada pihak PIBG SK Patung yang telah turun padang untuk gotong royong pada 16 May 2022. 

TERIMA KASIH GURU-GURU DAN PIBG SK PATUNG.

Penerangan : Tetamu jemputan dan barisan pentadbir berkumpul di makmal komputer untuk pameran slide sepanjang pelaksanaan pembinaan Taman Prasekolah dan Lorong Panitia. 
















 
Penerangan : Perasmian Taman Prasekolah oleh Encik Tan Ax Yu (YDP PIBG) 




















...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...