20 January 2023

JAMUAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA SK PATUNG

Pada 19.01.2023, jam 12.30 tengahari, satu perhimpunan khas bersama murid-murid telah diadakan di bawah makmal komputer untuk menyampaikan beberapa pengumuman penting. Antara maklumat yang disampaikan oleh Puan Nur Rahimah Hani, Penolong Kanan Pentaadbiran dan Ikhtisas serta pemangku Guru Besar kepada murid-murid ialah : 

1. Cuti tambahan perayaan pada 20.01.2023 (Jumaat)

2. Cuti umum pada 23.01.2023 (Isnin) - 24.01.2023 (Selasa)

3. Cuti peristiwa pada 25.01.2023 (Rabu)

4. Kembali ke sekolah pada 26.01.2023 (Khamis)

5. Jaga kesihatan dan keselamatan semasa bercuti 

Puan Nur Rahimah Hani selaku Penolong Kanan Pentadbiran dan Ikhtisas serta pemangku Guru Besar juga telah merancang jamuan untuk guru dan AKP sempena sambutan Tahun Baru Cina. Tema pakaian adalah merah dan kuning. Jamuan yang diadakan di bilik guru tersebut bermula pada pukul 1.00 petang sejurus selepas perhimpunan khas dan murid balik. Terima kasih kepada semua guru dan staf sokongan yang telah menyediakan makanan secara potluck. Warga SK Patung mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA kepada semua guru, staf sokongan, murid dan ibu bapa yang menyambut dan selamat bercuti semua. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat untuk tatapan bersama. 

Semua guru dan staf sokongan berada di bawah makmal bersama murid-murid untuk perhimpunan khas. 


Pentadbir mengambil kesempatan bergambar dengan kakitangan sokongan 




Pembakaran mercun di luar bilik prasekolah dan bilik guru sebagai tanda sambutan Tahun Baru Cina 

























 



...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...