Bertempat di Restoran Hunco, Jalan Kuching-Serian, majlis telah bermula pada jam 7:00 malam. Cik Madonna Rawlings selaku juruacara telah mengalukan kedatangan tetamu kehormat dan diikuti dengan bacaan doa serta sedikit jamuan. Selepas itu, Encik Tomson Ak Deward memberi sepatah dua kata diikuti oleh Ucapan dari Yang Berhormat Dato' Dr. James.
Setelah selesai sesi ucapan, tetamu majlis dihangatkan lagi dengan persembahan band "The Wildcat" diringi jamuan yang menyelerakan. Sebagai memeriahkan majlis makan malam tersebut, tetamu turut dihiburkan dengan sesi 'suara emas' di mana tetamu yang mendapat tajaan diminta menyanyikan apa-apa lagu dan tidak terkecuali Yang Berhormat serta Encik Wilson Sipilak (Pegawai Daerah Kecil Siburan).
Majlis bersurai pada jam 12:00 tengah malam.