09 September 2010

Program Sambutan Ambang Merdeka



Pada 30 ogos yang lepas, sekolah telah mengadakan Program Sambutan Ambang Merdeka 2010 peringkat Sekolah Kebangsaan Patung melibatkan enam belas (16) orang guru serta dibantu oleh tiga (3) orang staf sokongan untuk mengendalikan sepanjang program ini juga melibatkan semua murid sekolah iaitu dari Prasekolah hingga Tahun 6.



Program ini telahpun dijalankan sepanjang bulan Ogos hingga pada hari kemuncaknya, 20 Ogos 2010 yang jatuh pada hari isnin dan dimulakan pada pukul 8 pagi hingga 1 tgh hari.


RASIONAL Program Samutan Ambang Merdeka 2010 adalah untuk meningkatkan semangat patriotik dan perasaan tanggungjawab terhadap keamanan dan kebebasan Negara dalam kalangan warga sekolah sebagai warganegara Malaysia.

 MATLAMAT Program ini pula adalah untuk mencetus semangat kemerdekaan dalam diri masing-masing agar menyedari kepentingan sambutan Hari Merdeka.
Antara OBJEKTIF Program Sambutan Ambang Merdeka 2010 adalah:
  • Melahirkan perasaan bangga dan cinta akan Negara serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri di kalangan warga sekolah.
  • Melahirkan warga sekolah yang bertanggungjawab sebagai Warganegara Malaysia untuk mengekalkan kemerdekaan, mengamalkan tingkah laku patriotic dan berbangga terhadap kemerdekaan Negara.
  • Mewujudkan semangat perpaduan serta kedamaian yang berkekalan dan berterusan di kalangan warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum , agama dan adat resam.
Berikut adalah beberarapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini:
  1. Mewarna Jalur Gemilang (Tahap 1) dan melukis poster hari kemerdekaan
  2. Memperdengarkan lagu-lagu patriotik sepanjang waktu rehat pada hari persekolahan
  3. Menyediakan murid-murid untuk mengumpul bendera-bendera bagi setiap kelas
Cikgu Hazlinah selaku penyelaras program turut menjadi juruacara pada hari tersebut. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku diiringi oleh pancaragam sekolah.
Selepas itu, Guru Besar memberikan sedikit kata-kata aluan diikuti dengan bacaan Titah Perutusan Kemerdekaan DYM SPB YDPA oleh Ustaz Mohd Halmaiza dan Perutusan Kemerdekaan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh PKK Cikgu Awang.


Program diteruskan dengan laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali yang diketuai oleh PK 1 Cikgu Cyril Lee.




Sejurus selepas itu, video " Sejarah Kemerdekaan" ditayangkan bagi tatapan murid-murid untuk meningkatkan kesedaran mereka kepada erti kemerdekaan dan sejarahnya.


Penyampaian Sajak oleh adik Qayyum

Tayangan Video kemerdekaan
 

...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...