18 October 2010

Penutupan Kursus Aplikasi ICT

Kursus Aplikasi ICT telah sampai ke penghujungnya pada 18 Oktober 2010. Pada bulan september yang lalu modul 1 dan modul 2 telah sempat dijalankan di makmal komputer sekolah.  Tajuk modul ialah penyelenggaraan komputer untuk modul 1 dan modul 2 pula ialah mempelajari cara-cara membuat e-book dan menulis blog menggunakan MO Word 2007. Pada bulan Oktober pula, dua lagi modul iaitu modul 3, cara membuat mini database menggunakan MO Access 2007 yang digabungkan dengan cara  mengimport data MO Excel 2007 ke Access dan modul 4 iaitu pengenalan kepada internet (schoolnet), pengurusan email dan keselamatan ICT telah dipelajari.
Pada penghujung program, Guru Besar telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah kursus iaitu Fasilitator Schoolnet SK Patung, Pn. Melissa.  Selepas itu, diikuti dengan penyampaian sijil kepada para peserta.
Dengan terlaksananya kursus ini, diharapkan guru-guru dan staf sokongan dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi tentang aplikasi ICT ini dan mencapai tahap penggunaan ICT yang lebih tinggi berbanding sebelum ini termasuklah dalam Pengajaran & Pembelajaran dan juga kerja-kerja pentadbiran.
Pengunguman:
Semua handout bagi kursus ini boleh diperolehi di komputer desktop kegunaan awam di bilik guru bermula hari rabu, pukul 10:00 pagi, 19 Oktober 2010.
...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...