18 October 2010

Perhimpunan Kokurikulum Bulan Oktober

Pada perhimpunan kali ini pelajar-pelajar dari Persatuan SPBT, Kelab Permainan Dalaman, Kelab Pencegah Jenayah dan Kelab Alam Sekitar telah mengadakan persembahan untuk rakan-rakan mereka.
Murid-murid yang tekun melihat demonstrasi
Antara aktiviti tersebut ialah suatu demonstrasi menggunakan barangan terpakai seperti surat khabar untuk membalut buku dan menganyam bakul menggunakan lidi yang dibaluti  kertas surat khabar telah ditunjukkan oleh wakil persatuan SPBT.
Bagi Kelab Alam Sekitar, mereka telah menunjukkan cara untuk menghasilkan sebuah bakul yang diperbuat daripada botol plastik terpakai. Demonstrasi ini bertujuan untuk mengajak rakan-rakan supaya mengguna semula barangan terpakai untuk menghasilkan barangan yang baru.
Pendekatan dengan cara sketsa pula telah dilakukan oleh kelab pencegah jenayah yang menggambarkan gejala gangsterisma yang menular di sekolah-sekolah. Ia sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kegiatan buli dan pergaduhan di kalangan pelajar sekolah yang memberi kesan buruk tidak kira dari segi fizikal mahupun psikologi.
Akhir sekali, wakil daripada kelab permainan dalaman ini telah mengadakan persembahan tentang permainan ‘scrabble’ yang melibatkan penggunaan huruf-huruf bagi membentuk satu atau beberapa perkataan. Permainan ini amat bermanfaat untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid kepada pelbagai perkataan dengan cara berkongsi idea dengan para pemain dalam sebuah kumpulan.
...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN BLOG SK PATUNG...